Bajet 2022 hanya untuk 'membeli jiwa' rakyat - Mohd. Shafie - Utusan Malaysia

Bajet 2022 hanya untuk ‘membeli jiwa’ rakyat – Mohd. Shafie

MOHD. SHAFIE APDAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada penekanan khusus untuk menurunkan kadar hutang negara sekali gus menyifatkan Bajet 2022 adalah hanya untuk ‘membeli jiwa’ rakyat.

Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ini kerana bajet tersebut tiada usaha untuk merancakkan ekonomi sekali gus dianggap gagal mengurus tadbir wang rakyat dengan baik.

“Sebagai contoh, belanja mengurus untuk Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran, sepatutnya peruntukan semakin rendah dari tahun sebelumnya kerana aktiviti pelajaran tidak berjalan seperti biasa.

“Begitu juga dengan perbelanjaan pembangunan memandangkan aktiviti ekonomi tidak berjalan seperti kebiasaannya. Ini sepatutnya berlaku penjimatan daripada belanjawan lepas,” katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di Dewn Rakyat hari ini.

Berikutan itu tegasnya, kerjaan perlu menjelaskan jumlah penjimatan yang telah dilakukan pada 2020 dan 2021 memandangkan ekonomi negara dan kebanyakan sektor sosial tidak dibuka sepenuhnya.

“Bukan itu saja, tahun 2020 juga kerajaan telah mengumumkan belanjawan negara sebanyak RM314.8 bilion dan Jumaat lalu, jumlah belanjawan adalah RM322.5 bilion dan merupakan yang tertinggi dalam sejarah negara.

“Mengikut perkiraan, sepanjang 23 bulan pandemik bermula, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.22 trilion wang rakyat untuk berhadapan dengan wabak Covid-19 dan mengharungi kemelesetan ekonomi.

“Ini merupakan belanjawan dan pakej stimulus yang sangat besar bagi tempoh tidak sampai dua tahun dan sudah tentu dengan jumlah sebesar ini rakyat mengharapkan pulangan yang lebih baik kepada negara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN