Baby Shima bukan Attention seeker! - Utusan Malaysia

Baby Shima bukan Attention seeker!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DIHIMPIT dengan pelbagai kontroversi kebelakangan ini, nama penyanyi dan pelakon, Baby Shima secara automatik kerap menjadi bahan bualan ramai, apa lagi dalam media sosial.

Bermula dengan isu luahan perasaan berbaur kekecewaan terhadap buruk sangka warganet terhadapnya, meleret pula kepada isu depresi dan kemudiannya menayang pil-pil preskripsi doktor untuk penenang, cerita panas mengenai penyanyi ini tidak terhenti di situ.

Malah, semakin banyak pula mereka yang berselindung di sebalik baju wira papan kekunci menuduh penyanyi ini sebenarnya cuma mahu menagih perhatian ramai.

Ada yang mendakwa, dia cukup gemar bermain kad ‘attention seeker’ dalam media sosial . Maka disebabkan itu sering sahaja muncul dengan cerita yang entah bukan-bukan.

Apa agaknya motif semua itu ya? Adakah benar semua kontroversi itu dicetuskan kerana Shima sedang memasang strategi untuk kekal relevan dalam industri hiburan?

Terbaru, dia diikatakan mahu berpindah ke luar negara pula kerana tidak lagi tertahan dengan kerenah negatif warganet di sini. Apa Shima kali ini betul-betul sudah fikir semasak-masaknya?

Penjelasan tentang pelbagai spekulasi harus di jawab oleh empunya diri. Di bawah adalah, komen dan luahan wanita ini.

Kebelakangan ini,macam-macam kontroversi terjadi pada Shima, Ada beranggapan Shima macam mahu tarik perhatian orang? Betulkah begitu dik?
Macam-macam kontroversi ini bukan saya mulakan. Apa yang saya rasa, biasanya saya akan luahkan di platform yang ada. Bukan saya hendak tarik perhatian orang. Saya gunakan untuk apa yang saya nak luahkan dan muat naik kandungan-kandungan dalam media sosial.
Apa yang saya buat tiada niat mahu buat gimik dan perhatian.Tapi selalunya sesetengah netizen yang komen macam-macam. Perhatian itu datang daripada sesetengah netizen dan kemudian diambil oleh media.

Apabila dilabel sebagai ‘attention seeker’, ia bukan sesuatu yang baik untuk reputasi Shima. Jujurnya, adakah Shima tergamak buat semua kontroversi itu semata-mata kerana mahu nama terus menjadi bualan orang?
Kalau nak katakan attention seeker yang buat kontroversi? Apa yang saya sudah buat? Kalau nak cakap sengaja cetus kontroversi, apa yang saya buat itu akan mem­burukkan keadaan. Contohnya macam baru-baru ini, ada gambar saya di kelab malam jadi tular di media sosial? Itu bukan saya yang menyebarkannya. Bukan saya yang nak sangat kontroversi ini berlaku.

Bila ada kenyataan berbunyi ‘Shima nak pindah je luar negara’, sejauh mana pula kebenaran itu?
Selalunya wartawan yang akan tulis tajuk macam itu. Walau tiada kenyataan dari saya yang menyatakan ingin pindah ke luar negara. Cuma saya ada beritahu media, saya hendak balik sana. Saya gembira berkarya di Indonesia kerana berasa lebih dihargai di sana.Tapi tiada niat pun ingin bertukar warganegara. Saya ini masih mencintai tanah air sendiri. Peluang untuk artis Malaysia berada di Indonesia bu­kan senang.

Ramai cuba masuk pasaran sana tapi tidak diterima. Bila dapat diterima di Indonesia, ia umpama satu peluang yang tak akan disia-siakan.
Apatah lagi saya bernaung di bawah label terbesar di Indonesia, iaitu Nagaswara. Media di sana pun menghargai saya. Apa aktiviti saya di sini pun mereka buat liputan. Walaupun saya tiada di sana, mereka tetap mengikuti perkembangan saya di Malaysia sama ada kerjaya atau kontroversi. Bak kat orang hujan emas di negara orang…

Adakah sekarang ini, memang trend kalau artis atau selebriti terjebak dengan kontroversi, mereka akan kata nak pindah luar negara. Macam baru-baru ini pun ada selebriti kata begitu. Shima rasa, ini sekadar ayat ugutan kepada netizen atau bagaimana?

Saya ini, memang hendak balik sana. Lagipun saya sudah ada rumah di sana, sudah terbiar kosong selama ini. Untuk pengetahuan semua, sebe­lum pandemik, saya sudah tiga tahun menetap di Jakarta. Tapi dise­babkan Covid-19 ini sahaja maka saya balik Malaysia. Itu pun atas arahan pihak kedutaan. Sebelum ini ada job atau raya barulah saya akan balik ke Kuala Lumpur. Kalau ada orang lain yang mahu pindah luar negara, itu saya tak pasti tetapi mesti ada sebab kenapa mereka nak pindah.

Adakah Shima rasa seseorang artis itu perlu propa atau buat sesuatu yang panas bagi memastikan diri kekal relevan dalam industri? Kalau buat cerita tidak bijak pun sanggup, demi sasaran pemasaran tertentu?
Pertamanya, saya ini bukan ahli perniagaan dan saya tak buat hal-hal begitu untuk memastikan diri kekal relevan dalam industri. Saya masih relevan. Banyak syarikat dan label yang ingin bekerjasama dengan saya, bukan hanya di Malaysia tapi juga di Indonesia. Walaupun saya sudah tandantangan kontrak di bawah syarikat label Indonesia, pihak Nagaswara mengizinkan saya bekerjasama dengan sesiapa atau mana-mana sahaja syarikat di Malaysia. Hendak kata propa atau pun untuk dikenal biar kekal relevan, bagi saya, pengikut pun Alhamdulillah, saya memiliki pengikut di setiap laman sosial. Sama ada di platform Tiktok, Instagram, Facebook dan Youtube.

Alhamdulillah cukuplah untuk saya kongsikan apa sahaja aktiviti dan karya-karya saya. Kalau kata tadi propa, saya tak propa. Saya pun sudah jelaskan dalam media sosial shima. Benda jadi kontroversi apabila ramai orang kecam, hina dan maki saya. Apa yang saya muat naik, itulah diri saya. Bukan palsu. Contoh baru-baru ini, saya ada jumpa atok bawa Grab itu pun menjadi satu isu bagi netizen. Saya pernah menyanyi lagu berbentuk ketuhanan pun masih jadi isu. Jadi tengoklah, memang ternyata bukan saya yang nak buat pun kontroversi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya