MELAKA: Seramai 482,549 pengundi akan menunaikan tanggungjawab dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok bagi memilih 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan kerajaan baharu untuk membawa agenda pembangunan negeri dalam tempoh lima tahun. Menjelang hari membuang undi, mereka mempunyai tempoh 24 jam lagi untuk membulatkan keputusan memilih mana-mana 112 calon daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Perikatan India Muslim…










