PETALING JAYA: Peningkatan kes Covid-19 sehingga mengakibatkan pertambahan pesakit di hospital didakwa berpunca daripada golongan yang belum divaksin. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pakar Kesihatan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) patut mengambil tindakan sewajarnya bagi membendungnya. “Kenaikan kadar kemasukan ke hospital di beberapa negeri memang membimbangkan. Apa yang kita kenal pasti ia berpunca daripada golongan yang belum divaksin yang mampu menjadi ancaman kepada masyarakat. “Saya amat menggalakkan mereka yang belum mengambil vaksin untuk segerakan mengambilnya sebab golongan ini membahayakan orang lain.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya