SSM sumbang peralatan hospital bernilai RM50,000 - Utusan Malaysia

SSM sumbang peralatan hospital bernilai RM50,000

SSM menyerahkan bantuan peralatan kepada Hospital Sungai Buloh (HSB), Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyalurkan bantuan peralatan kepada Hospital Sungai Buloh (HSB) bernilai RM50,000 melalui peruntukan wakalah zakat korporat suruhanjaya itu..

Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Nor Azimah Abd Aziz berkata, sumbangan itu meliputi Close Suction, Bacterial Filter dan CRRT Set (Prismaflex) bertujuan membantu merawat pesakit Covid-19 yang terlantar.

Menurut beliau, penyerahan itu disempurnakan  Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr. Kuldip Kaur Prem Singh.

“Sebagai sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), SSM ingin menyahut seruan kerajaan di bawah konsep ‘kebersamaan’ dalam Keluarga Malaysia yang  dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“SSM berharap sumbangan ini dapat membantu memenuhi keperluan institusi perubatan dan membantu memudahkan petugas barisan hadapan untuk memberikan rawatan kepada pesakit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Nor Azimah, SSM mengagihkan peruntukan wakalah zakat korporat sebanyak RM968,648 kepada golongan asnaf fakir miskin dan asnaf fisabilillah di seluruh negara bagi peruntukan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Katanya, SSM juga telah mengagihkan sebanyak RM231,939 kepada golongan yang memerlukan bantuan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya