Selangor bimbang pesakit mental naik dua kali ganda - Utusan Malaysia

Selangor bimbang pesakit mental naik dua kali ganda

MICHELLE Ng Mei Sze (kanan) berucap sambil disaksikan Lim Yi Wei ketika Majlis Pelancaran Hari Selangor Bersukan dekat Bukit Jugra di Kuala Langat, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Kerajaan Selangor bimbang dengan laporan  Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendedahkan masalah kesihatan mental dialami rakyat negara ini meningkat sehingga dua kali ganda setakat Jun tahun ini berbanding 2020.

Peningkatan 120,000 pesakit itu membabitkan golongan remaja dan 80 peratus daripadanya lelaki.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze berkata, berdasarkan situasi tersebut, sambutan Hari Sukan Negara yang disambut hari ini perlu diseimbangkan antara aktiviti fizikal dan kesihatan mental.

Menurut beliau, pandemik Covid-19 menjadi faktor utama kepada peningkatan pesakit mental kerana ramai terpisah dengan kehidupan sosial susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain masalah tekanan ekonomi termasuk kekurangan pendapatan atau hilang pekerjaan.

“Ikut trend sekarang, keadaan kesihatan mental dalam negara memang sangat membimbangkan. Kalau kami tidak ambil perhatian berkenaan isu ini, maka terdapat kemungkinan keadaan sekarang mungkin menjadi lebih mudarat.

“Sistem kesihatan mental sedia ada  sangat terbeban. Isu ini bukan sahaja sekadar kesebaran di peringkat orang ramai, tetapi keperluan terhadap penambah baik sistem kesihatan mental secara keseluruhan pada masa hadapan,” kata beliau pada sidang akhbar sempena pelancaran Hari Selangor Bersukan (HSB) di Bukit Jugra di sini.

Turut hadir Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan, Mohd. Khairuddin Othman; Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan juga ADUN Morib, Hasnul Baharuddin dan ADUN Kampung Tunku, Lim Yi Wei.

Sementara itu, Yi Wei berkata,  beliau menyambut baik pengumuman Persekutuan untuk memansuhkan pendakwaan jenayah terhadap cubaan bunuh diri seperti yang termaktub dalam Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

HSB adalah  aktiviti sejajar dengan dasar Hari Sukan Negara julung kali diadakan di negeri ini bagi memupuk kembali semangat bersukan dalam kalangan orang awam khususnya penduduk Selangor.

Mohd. Khairuddin pula berkata, selain menggalakkan penganjuran kembali aktiviti sukan yang sudah hampir dua tahun ‘direhatkan’, beliau juga mengharapkan kesedaran terhadap kesihatan mental dipupuk dalam sambutan hari sukan.

“Satu program akan dianjurkan oleh Michelle Ng dan Yi Wei untuk meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan mental, justeru pelancaran HSB juga merupakan gimik kepada pelancaran aktiviti Fit Mental seperti Virtual Run dan Scavenger Hunt yang akan diadakan pada 30 Oktober ini.

“Jadi, kerajaan negeri menyokong program yang diadakan kedua-dua ADUN ini sebagai tanda kita mengambil berat kepada masalah mental yang dihadapi oleh kebanyakan remaja ataupun belia akibat daripada pandemik,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya