Rakyat  Malaysia ditahan seludup dadah bernilai RM431.8 juta di Australia - Utusan Malaysia

Rakyat  Malaysia ditahan seludup dadah bernilai RM431.8 juta di Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa Australia bagi menjalankan siasatan berhubung penahanan seorang warga Malaysia yang disyaki menyeludup dadah di negara berkenaan.

Pengarahnya, Datuk Razarudin Husain berkata, semua tindakan perlu akan diambil JSJN dalam memastikan aktiviti pengedaran dan penyeludupan dadah dapat dibanteras tanpa kompromi.

“Media melaporkan seorang warganegara Malaysia ditahan pihak berkuasa Australia kerana cuba menyeludup masuk 450 kilogram (kg) dadah jenis heroin bernilai RM 431.8 juta ke negara berkenaan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Terdahulu, pihak berkuasa Australia mengumumkan merampas dadah berkenaan menerusi satu siri serbuannya semalam. 

Pegawai Kanan Polis, Krissy Barret berkata, ia juga adalah rampasan dadah terbesar di negara tersebut.

Kesemua bekalan dadah itu disembunyikan dalam kontena yang diisytiharkan membawa bungkusan berisi jubin. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.