KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) memberitahu, belum ada mana-mana pemimpin politik termasuk Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan di Melaka memohon menyertai gabungan itu. Perkembangan itu berikutan Kerajaan Negeri Melaka dilaporkan bergolak rentetan enam ADUN kerajaan hasil gabungan UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan wakil rakyat Bebas didakwa berpaling tadah dengan menyertai PH. FAHMI FADZIL Mengesahkan perkara itu kepada Mingguan Malaysia, Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata, setakat ini,…










