Perlis jangka terima lebih 200,000 pelancong hujung tahun - Utusan Malaysia

Perlis jangka terima lebih 200,000 pelancong hujung tahun

AZMAN MOHD YUSOF (tengah) menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta Program Seminar Keusahawanan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Hotel Putra Regency, Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Perlis dijangka menerima lebih 200,000 pelancong pada suku terakhir tahun ini didorong pembukaan semula sektor ekonomi dan pelancongan serta kebenaran rentas negeri.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Azman Mohd. Yusof berkata, sasaran tersebut berdasarkan jumlah yang dicapai pada empat bulan terakhir tahun lalu iaitu sebanyak 200,000 pengunjung, namun angka tersebut dijangka meningkat lebih tinggi disebabkan faktor gelembung pelancongan di Langkawi.

Katanya, pihaknya juga bersedia untuk bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bagi mengadakan pakej pelancongan secara bersama antara pulau tersebut dan negeri ini.

“Saya bercadang berjumpa dengan Ketua Pegawai Eksekutif LADA,(Nasaruddin Abdul Muttalib) untuk membincangkan perkara ini supaya pakej bersama dapat dilakukan sama ada pakej Langkawi-Perlis atau Perlis-Langkawi.

“Bagi menyambut kehadiran pelancong, banyak kawasan yang telah kami naik taraf dan bersihkan. Kerajaan juga mengenalpasti mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi operator kawasan-kawasan tarikan pelancongan berkenaan.

“Penambahan kehadiran pelancong ini juga tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) pelancongan itu sendiri dan orang ramai harus mematuhinya,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Seminar Keusahawanan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) anjuran Yayasan Perlindung Kebajikan Pengguna Masyarakat Malaysia (YPKPMM) di Hotel Putra Regency di sini hari ini.

Sementara itu, Azman yang juga Pengerusi Badan Bertindak Covid-19 Kebangsaan (CITF) negeri memberitahu, kerajaan negeri sedang mengubal Pelan Kebangkitan Perlis yang melibatkan bukan sahaja daripada aspek pentadbiran tetapi juga ekonomi sejajar dengan peralihan fasa pandemik ke endemik. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.