Pengerusi TH letak jawatan tiada kaitan dengan PN - Utusan Malaysia

Pengerusi TH letak jawatan tiada kaitan dengan PN

AHMAD Marzuk Shaary (kiri) menyampaikan sumbangan pek makanan kering kepada salah seorang penerima di Bangunan Tabung Haji Kelantan, di Kota Bharu, Kelantan hari ini. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Peletakan jawatan Tan Sri Md. Nor Yusof sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) berkuat kuasa semalam tiada kaitan dengan sebarang tekanan politik atau campur tangan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, jika terdapat unsur politik, Md. Nor yang memegang jawatan tersebut sejak era Pakatan Harapan (PH) sudah lama ditukar selepas PN mengambil alih pentadbiran negara.

“Hal ini (peletakan jawatan) kerana setiap menteri baharu mempunyai perancangan tersendiri. Menteri sendiri pun boleh bertukar lebih kerap, jadi satu perkara biasa jika pengurusan atau pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bertukar.

“Ini tiada tekanan politik,” katanya kepada pemberita menyampaikan bantuan pek makanan kepada keluarga asnaf yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di Bangunan Tabung Haji (TH), di sini hari ini.

Utusan Online semalam melaporkan, TH mengumumkan Md. Nor telah melepaskan jawatan dipegangnya sejak 13 Julai 2018 berkuatkuasa 15 Oktober 2021.

Beliau sebelum ini dilantik memegang jawatan itu menggantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang berkhidmat sebagai Pengerusi TH dari 1 Julai 2013 sehingga akhir Mei 2018. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN