PETALING JAYA: Seorang Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas dipercayai memiliki dan positif dadah. Penahanan suspek berusia 40 tahun itu dilakukan pada 27 Ogos lalu di sekatan jalan raya Selangor kira-kira pukul 5 petang. Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber berkata, suspek pada mulanya memandu sebuah kenderaan dipercayai milik isterinya untuk ke sebuah lokasi. Katanya, namun setibanya di sekatan berkenaan, suspek dilihat berada dalam keadaan…










