Kejayaan merangkul tiga pingat emas pada pertandingan The 6th International Invention, Innovation Competition (iCAN) 2021 di Toronto, Kanada, membangkitkan keterujaan ramai untuk mengetahui resipi kepintaran Maryam Muzamir, 11. Bercakap kepada Utusan Malaysia, ayah Maryam, Prof. Madya Dr. Muzamir Hasan berkata, kepintaran anak sulung daripada dua-beradik itu dikesan sejak usianya masih kecil. “Saya dan isteri, Noor Nazihah Ma’amor, melihat Maryam mampu mencipta rekaan luar biasa daripada permainan Lego seawal usia empat…