Malaysia tidak terpengaruh keanggotaan UK, Australia dalam FDPA - Utusan Malaysia

Malaysia tidak terpengaruh keanggotaan UK, Australia dalam FDPA

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Meskipun United Kingdom (UK) dan Australia adalah sebahagian daripada Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FDPA), namun ia tidak mempengaruhi pendirian Malaysia berhubung Pakatan Tiga Hala Australia, UK dan Amerika Syarikat (AS) atau dikenali AUKUS.

Menegaskan perkara itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, secara jelas kehadiran AUKUS di Laut China Selatan itu boleh menimbulkan ketegangan dan menggugat kestabilan di rantau ini.

Namun beliau berkata, bagaimanapun Malaysia akan terus bersuara untuk memastikan tiada kompromi terhadap keselamatan dan kedaulatan negara.

“Kelebihan yang ada pada Malaysia ialah hubungan kita dengan 10 negara ASEAN, hubungan kita dalam FDPA, hubungan dua hala dengan negara-negara tertentu.

“Ini meletakkan Malaysia dalam posisi yang bukan saja dapat mengimbangi kuasa besar di rantau ini, tetapi pada masa sama, cukup dihormati juga oleh kedua-dua kuasa polar di Laut China Selatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) yang meminta kerajaan menjelaskan adakah keahlian Australia dan UK dalam kedua-dua FDPA dan AUKUS mempengaruhi polisi pertahanan negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya