Kerajaan luluskan vaksin Sinovac buat remaja - Utusan Malaysia

Kerajaan luluskan vaksin Sinovac buat remaja

Kerajaan luluskan vaksin Sinovac yang untuk digunakan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) meluluskan vaksin Sinovac untuk diberikan kepada  remaja berumur  berumur 12 tahun dan ke atas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri  Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sinvac adalah vaksin Covid-19  kedua diluluskan untuk kegunaan golongan remaja selepas kelulusan sama diberi kepada vaksin Pfizer pada Jun lalu.

Menrut beliau, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) menyarankan agar penggunaan vaksin itu buat masa ini diutamakan kepada remaja tanpa komorbiditi atau mempunyai masalah alahan serta tidak sesuai menerima vaksin Pfizer.

“Penilaian bagi penggunaan Sinovac dalam kalangan remaja dengan komorbiditi akan diteruskan sebaik sahaja data yang dikemukakan mencukupi.

“Kelulusan itu dibuat selepas mesyuarat PBKD kali ke-354 yang bersidang hari ini,” kata beliau dalam kenyataan.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja dimulakan secara rasmi pada 20 Sept dengan menyasarkan 3.2 juta golongan remaja berusia 12 tahun (mengikut tarikh lahir) hingga 17 tahun. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN