Kementerian puas hati pematuhan SOP di universiti - Utusan Malaysia

Kementerian puas hati pematuhan SOP di universiti

AHMAD Masrizal Muhammad (tengah) menyaksikan Majlis Tandatangan Memorandum Persefahaman antara UTHM dan Yayasan TRC di UTHM Batu Pahat. -UTUSAN/NUR ALINA HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Tidak timbul masalah  berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di universiti setelah sesi kemasukan mahasiswa ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bermula sejak 15 Oktober lalu.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad berkata, setakat ini pihaknya berpuas hati dengan pematuhan SOP dilaksanakan di IPT seluruh negara dan akan memastikan ia berterusan.

“Garis panduan dasar telah ditetapkan oleh kementerian tetapi pihak universiti mempunyai SOP tersendiri berdasarkan keupayaan profil universiti masing-masing.

“Sejak tarikh pelajar universiti dibenarkan pulang ke kampus pada 15 Oktober lalu sehingga kini kita tidak menerima sebarang laporan atau isu kritikal mengenai kemasukan pelajar ke universiti,” kata beliau pada sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Tandatangan Memorandum Persefahaman antara Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) dan Yayasan TRC di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Masrizal, di peringkat kementerian juga, langkah melindungi pelajar bagi musim pandemik akan terus dititik beratkan termasuk usaha pengasingan bagi mereka yang bergejala.

“Setiap universiti mempunyai SOP yang tersendiri termasuklah menyediakan tempat pengasingan bagi para pelajar yang disahkan positif Covid-19,” katanya.

Sementara itu, majlis tandatangan memorandum persefahaman berkenaan menyaksikan Yayasan TRC menyampaikan penajaan biasiswa kepada pelajar terpilih bernilai RM312,000.

Pelajar yang terpilih akan terlibat dalam program khidmat sosial berimpak tinggi anjuran bersama yayasan berkenaan dengan UTHM.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN