Anggota Maritim Malaysia tidak mengaku rasuah RM3,000

Anggota Maritim Malaysia tidak mengaku rasuah RM3,000

KAMARUL Hairie Elias (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang anggota Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM3,000, tiga tahun lalu.

Kamarul Hairie Elias, 47, yang berpangkat Bintara Muda Maritim membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman. 

Tertuduh didakwa menerima wang tunai berjumlah RM3,000 daripada seorang pemilik syarikat berusia 57 tahun melalui orang tengah secara pindahan dalam talian.

Perbuatan itu dilakukan melalui satu akaun bank milik seorang wanita berusia 45 tahun dan ke dalam satu lagi akaun bank milik seorang wanita berusia 29 tahun. Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di daerah Setiu, pada 6 Oktober 2022.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh di ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan ke atas tertuduh iaitu perlu menyerahkan pasport kepada makamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan sehingga kes selesai.

Kes dibawa ke Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah, untuk sebutan semula. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×