Hasnoor cabar Adly di Bukit Katil? - Utusan Malaysia

Hasnoor cabar Adly di Bukit Katil?

ADLY ZAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Mungkinkah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil (dahulu Bukit Baru) bakal dirampas semula oleh calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini?

Itu persoalan tidak mampu terjawab selepas kubu kuat UMNO terlepas daripada genggaman, sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan PRU-14.

Dua ayam tambatan UMNO menerusi bekas Ketua Pemuda BN negeri, Karim Yaacob dan Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Yunus Hitam gagal mempertahankan DUN berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Faktor calon dikatakan menjadi punca kekalahan BN dua penggal di kerusi itu, kali ini pengundi mengharapkan calon lebih wibawa dipertaruhkan melawan bekas Ketua Menteri, Adly Zahari.

Sejak beberapa hari lalu, beberapa nama dikaitkan untuk mewakili BN di kawasan tersebut antaranya Karim yang tewas kepada calon Pas, Dr. Md. Khalid Kassim pada PRU-13.

Malah ada pula yang menyebut nama Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd. Ridhwan Ali bakal dise­naraikan bertanding di situ.

Namun, sumber dalam UMNO memaklumkan difahamkan nama Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Hasnoor Sidang Husin, 63, disebut-sebut akan menggalas tanggungjawab besar tersebut.

Pada PRU-14, Adly mewakili Pakatan Harapan (PH) menang dengan majoriti 3,159 menewaskan Yunus dan calon Pas, Muhamat Puhat Bedol.

Begitupun, dalam masa yang sama, khabar angin turut tersebar mengatakan Naib Presiden Amanah itu mungkin tidak mempertahankan DUN tersebut, sebaliknya berpindah ke Durian Tunggal.

Biar apapun andaian, Bukit Katil tetap menjadi tumpuan, khususnya UMNO untuk kembali merampasnya selepas tewas dalam dua siri PRU.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×