Hanya empat kluster, tempat kerja kekal terbanyak - Utusan Malaysia

Hanya empat kluster, tempat kerja kekal terbanyak

AKTA
NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tempat kerja terus merekodkan pertambahan tiga daripada empat kluster Covid-19, hari ini manakala bakinya satu pendidikan lain. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tempat kerja melibatkan dua di Selangor dan satu di Pulau Pinang. 

“Pendidikan lain pula, satu kluster di Kuala Lumpur. Jumlah terbabit menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 614 kluster manakala 5,085 kluster yang telah tamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

 Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 5,516 kes berbanding semalam, 5,745 kes sekali gus terus diatasi 9,401 kes sembuh manakala 669 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 333 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Daripada 5,516 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 102 kes (1.8 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Bakinya, 5,414 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 69 kes berbanding kelmarin, 72 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 28,062 kes. 

Sebanyak 11 daripada 69 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,666 kes. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.