Gangguan bekalan air: Enam daripada lapan wilayah pulih 100 peratus - Utusan Malaysia

Gangguan bekalan air: Enam daripada lapan wilayah pulih 100 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Enam daripada lapan wilayah yang terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual pulih sepenuhnya manakala dua lagi mencapai pemulihan melepasi 90 peratus, setakat pukul 6 pagi tadi.

Wilayah berkenaan ialah Hulu Selangor, Kuala Langat, Shah Alam, Kuala Selangor, Petaling dan Gombak.

Dua lagi yang belum pulih sepenuhnya adalah Klang dan Kuala Lumpur.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan, keseluruhan pemulihan bekalan di 998 kawasan terjejas mencapai 98 peratus.

Bagaimanapun tambahnya, pemulihan di kawasan yang masih mengalami gangguan adalah bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem pengagihan bekalan.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) di Bukit Badong, Kuala Selangor perlu melalui proses penyelenggaraan dan menyebabkan gangguan berjadual bermula 13 Oktober hingga pukul 9 malam ini.

Kerja penyelenggaraan itu bagaimanapun dilaporkan siap lebih awal iaitu pukul 8.15 malam pada Rabu lalu berbanding jangkaan asal pukul 11 malam.

Penyelesaian itu membolehkan bekalan mula disalurkan ke tangki imbangan serta agihan sebelum diagihkan kepada pengguna di kawasan terjejas dan susulan itu Kuala Selangor dilapor menjadi wilayah pertama mula mendapat bekalan air.

Pemulihan itu dilaporkan berlaku secara berperingkat disusuli wilayah Hulu Selangor dan Kuala Langat sejak semalam dan lebih tiga juta pengguna dijangkakan bebas daripada gangguan bekalan berjadual itu hari ini.

Bagaimanapun, dalam tempoh berkenaan pengguna di kawasan terjejas masih boleh mendapatkan bekalan di Pili Awam serta Stesen Pengisian Air Komersial yang boleh disemak lokasinya di hentitugas.airselangor.com. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.