Daler Yusuf bakal berkahwin? - Utusan Malaysia

Daler Yusuf bakal berkahwin?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon kacak, Daler Yusuf, 28 mendedahkan sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama suri hati pilihannya tidak lama lagi.

Kongsi pelakon kelahiran Uzbezkistan ini, dia perlu merahsiakan identiti bakal isterinya buat ketika ini dan sedang mencari waktu yang sesuai untuk mengumumkan tentang perkahwinannya secara terperinci.

“Ya, saya merancang untuk berkahwin. Dalam masa terdekat.

“Saya akan kongsikan perinciannya pada waktu yang sesuai nanti. Itu sahaja yang boleh saya katakan,” katanya kepada Utusan.

Daler dalam pada itu enggan mendedahkan siapa wanita bertuah tersebut.

Namun, dia mengakui sudah lama mengenali hati budi wanita itu.

“Tidak, dia bukan orang industri.

“Kami sudah lama kenal. Dia cuma orang biasa,” Katanya lagi.

Beberapa tahun lalu, pelakon drama Encik Suami Mat Salih Celup ini pernah didakwa sudab bergelar suami orang.

Bagaimanapun Daler tampil menepis dakwaan tersebut dan menegaskan dia masih bujang dan bukan suami orang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya