Bil Astro: Pelanggan boleh pilih platform elak dicaj 50 sen  - Utusan Malaysia

Bil Astro: Pelanggan boleh pilih platform elak dicaj 50 sen 

ANNUAR Musa ketika sidang akhbar di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rakyat  mempunyai pilihan bagi mengelakkan dikenakan caj perkhidmatan 50 sen bagi pembayaran bil Astro di Pos Malaysia.

Ini kerana mulai 1 September lalu,  Pos Malaysia mengenakan caj perkhidmatan 50 sen bagi pembayaran bil Astro di kaunter pejabat pos tersebut.

Menjelaskan perkara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, caj tersebut secara dasar dilaksanakan oleh ejen-ejen pembayaran Astro yang lain sejak Januari.

Bagaimanapun, menurut beliau,  Astro memberikan pilihan platform bayaran bil tanpa dikenakan sebarang caj. 

“Ia seperti melalui perkhidmatan auto debit dengan pelanggan perlu mendaftar melalui portal layan diri atau di Pusat Khidmat Pelanggan Astro, platform Astro Quick Pay, portal Astro Self-Service, Saluran Astro 200 dan aplikasi My Astro.

“Selain itu, pengguna boleh membayar melalui platform JomPAY, pembayaran menggunakan kad debit dan kad kredit melalui kaunter di Pusat Khidmat Pelanggan Astro.

“Pembayaran juga boleh dibuat melalui bank-bank tempatan menerusi platform mesin pengeluaran wang automatik (ATM), perbankan dalam talian, perbankan khidmat pesanan ringkas (SMS), kaunter bank, ejen bank berdaftar, mesin deposit wang dan mesin deposit cek,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Kasthuri Patto (PH-Batu Kawan) meminta kerajaan menjelaskan mengapa kadar caj 50 sen dikenakan Pejabat Pos kepada pelanggan yang membayar bil tersebut secara manual di pejabat pos.

Sambil Kasthuri meminta kerajaan merujuk kembali perkara itu, Annuar berkata, ia merupakan cadangan baik meskipun pihak kementerian tidak mempunyai bidang kuasa untuk menentukan perkara berkenaan.

“Tapi itu satu cadangan yang baik, barangkali saya boleh merujuknya kepada Pos Malaysia,” jelas beliau.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya