Baharom Embi pengerusi baharu CBP - Utusan Malaysia

Baharom Embi pengerusi baharu CBP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Baharom Embi telah dilantik sebagai Pengerusi Co-opbank Pertama (CBP) baharu, berkuat kuasa 30 Oktober 2021, bagi menggantikan Kamari Zaman Juhari.

Jawatan terakhir beliau adalah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional (Tekun) yang digalas sejak Februari 2015.

“Baharom mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam industri kewangan yang dapat memacu CBP ke satu peringkat yang lebih tinggi,” menurut satu kenyataan hari ini.

Beliau merupakan graduan dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Ekonomi dan Kewangan dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Sistem Sokongan Keputusan) dari New Hampshire College, Manchester, Amerika Syarikat.

Beliau juga pernah berkhidmat dengan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) dengan pengalaman selama 27 tahun dengan memegang beberapa jawatan di peringkat pengurusan.

CBP menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan patuh syariah seperti pembiayaan individu, koperasi serta korporat, Ar-Rahnu, deposit, syer keanggotaan serta takaful dan wasiat.

Setakat ini, CBP mempunyai 29 buah cawangan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya