IPOH: Ketua Pembangkang Perak, Dr. Abdul Aziz Bari menegaskan sudah berbincang dengan kepemimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) mengenai hasratnya bertanding di Parlimen Tambun dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Abdul Aziz yang juga Naib Pengerusi DAP Perak berkata, tidak timbul isu kenyataan secara terbuka beliau mengelirukan pengundi dan penyokong PH seperti didakwa Timbalan Pengerusi PKR Perak, Datuk MA Tinagaran. Beliau berkata, malah Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPRP) PKR sudah mengetahui…










