Akta 342 masih dikuatkuasakan di seluruh negara  - Utusan Malaysia

Akta 342 masih dikuatkuasakan di seluruh negara 

HAMZAH Zainudin bercakap kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke IPK Melaka, Bukit Beruang, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) tidak hanya terpakai untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. 

Beliau berkata, akta tersebut dikuatkuasakan di seluruh negara bagi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) merangkumi larangan bagi sebarang bentuk perhimpunan. 

“Akta 342 masih terpakai sama ada pada pilihan raya atau tidak, semua tempat terpakai. Bukan hanya di Melaka.

“Yang ada dalam Akta 342 itu masih terpakai selain yang diumumkan dari semasa ke semasa oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Kalau SOP yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang di sini hari ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kesiapsiagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghadapi PRN Melaka, beliau memberitahu, pasukan itu telah bersedia dengan kerjasama pelbagai agensi untuk memastikan keselamatan negeri terjamin. 

“Oleh kerana tumpuan PRN Melaka, sudah tentulah kita akan bawa rakan-rakan negeri PDRM daripada kontinjen lain untuk membantu,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.