Ahli Parlimen Jerantut dilantik Pengerusi PUNB - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen Jerantut dilantik Pengerusi PUNB

AHMAD NAZLAN IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

pETALING JAYA: Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris sebagai Pengerusinya berkuat kuasa 15 Oktober lalu.

Menurut PUNB, Ahmad Nazlan menggantikan Tan Sri Noh Omar yang telah meletakkan jawatan pada 1 September lalu, berikutan pelantikan beliau sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

“Ahmad Nazlan pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM) (2020 hingga 2021), Pengerusi Kolej Poly Tech Mara (2015 hinga 2018), Ahli Majlis Penasigat Felda , Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Global Ventures Sugar Sdn. Bhd. dan Lembaga Pertubuhan Peladang.

“Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerantut, Pahang, memiliki ijazah Sarjana Muda Bimbingan Kaunseling dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Sijil Pengurusan Asas dar Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin berkata, Ahli Lembaga Penagrah, Pengurusan dan warga kerja PUNB merakamkan ucapan tahniah di atas pelantikan Ahmad Nazlan dan mengalu-alukan kehairan beliau di PUNB.

“Dengan pengetahuan dan pengalaman luas Ahmad Nazlan, diharap dapat membantu memacu kecemerlangan, sekali gus memantapkan kedudukan PUNB sebagai pusat
pembangunan keusahawanan bumiputera terulung di negara ini,” katanya.

Beliau dan warga PUNB turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Noh atas sumbangan serta komitmen yang telah diberikan sepanjang berkhidmat sebagai Pengerusi PUNB. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN