Ahli parlimen boleh buka pelitup muka ketika berbahas - Utusan Malaysia

Ahli parlimen boleh buka pelitup muka ketika berbahas

AZHAR AZIZAN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Selepas lebih setahun, rakyat dan pelitup muka `berpisah tiada’ hari ini, Speaker Dewan Rakyat memberi kelonggaran buat ahli parlimen  membuka pelitup muka ketika berbahas.

Bagaimanapun, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, ahli parlimen perlu memakai semula pelitup muka dengan  segera selepas selesai berucap.

Menurut beliau, kelonggaran itu susulan tiada kes Covid-19 direkodkan sepanjang persidangan berlangsung.

“Sepanjang persidangan kita kali ini dengan ujian RT-PCR dijalankan, tiada seorang pun positif dari perkarangan Parlimen sepanjang persidangan ini.

“Berdasarkan penilaian risiko sebegitu, maka Kementerian Kesihatan (KKM) berpandangan pelitup muka ketika perbahasan dalam Dewan rakyat dibenarkan untuk dibuka,” katanya di Dewan Rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya