PUTRAJAYA: Dianggarkan lima hingga 19 peratus kawasan berpenduduk di negara ini tiada liputan internet. Daripada jumlah kawasan lompong rangkaian 4G itu, 5.97 peratus melibatkan kawasan berpenduduk di Semenanjung manakala Sabah 16.87 peratus dan Sarawak 19.16 peratus. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, secara umumnya, kawasan-kawasan yang masih belum menerima liputan perkhidmatan jalur lebar mudah alih 4G ini adalah kawasan pedalaman seperti kawasan penempatan…










