PETALING JAYA: Kadar vaksinasi lengkap remaja berumur 12 hingga 17 tahun seluruh negara mencatatkan 4.7 peratus manakala 68.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos setakat malam tadi.
Berdasarkan laman web https://covidnow.moh.gov.my/, peratusan lengkap vaksinasi itu merangkumi 120,402 remaja di seluruh negara dan sebanyak 31.5 peratus atau 991,154 remaja bawah 17 tahun itu tiada vaksinasi.
Empat negeri mencatatkan kadar vaksinasi sekurang-kurangnya satu dos melebihi 80 peratus iaitu Perlis (93.3 peratus), Melaka (89.3 peratus), Kedah (86.2 peratus) dan Pulau Pinang (81.4 peratus).
Pada 20 September lepas, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja) dilancarkan secara rasmi menyasarkan 3.2 juta remaja seluruh negara. – UTUSAN ONLINE










