13,000 petugas kesihatan Terengganu terima dos penggalak - Utusan Malaysia

13,000 petugas kesihatan Terengganu terima dos penggalak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pemberian dos penggalak Covid-19 kepada lebih 13,000 petugas kesihatan di di Terengganu dilakukan secara berperingkat bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, dos berkenaan diberikan secara sukarela di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Katanya, sebanyak enam hospital di samping 20 pusat pemberian vaksin (PPV) milik Kementerian Kesihatan di negeri ini terlibat dengan usaha itu.

“Paling mustahak, penerima perlu melepasi tempoh enam bulan selepas dos kedua Covid-19,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Kasemani berkata, pemberian dos penggalak kepada anggota barisan hadapan lain di samping warga emas pula akan diberikan di PPV swasta tidak lama lagi. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya