PUTRAJAYA: Malaysia dianggap ketinggalan apabila tergolong antara 11 negara yang belum memberi hak kepada rakyat 18 tahun untuk mengundi dalam pilihan raya. Selain Malaysia, negara lain seperti Singapura, Samoa, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Tonga, Kuwait, Nauru, Oman, Bahrain, Taiwan dan Cameroon turut tidak memberi hak kepada belia berusia 18 tahun mengundi. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berkata, pada…










