KUALA LUMPUR: Kerja pengubahsuaian dan naik taraf Kompleks Seri Perdana yang menelan belanja RM30 juta mengambil kira faktor-faktor keselamatan Perdana Menteri. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kos berkenaan turut membabitkan pengubahsuaian terhadap imej dalam menyambut tetamu utama negara. Jelas Ismail Sabri, status pengubahsuaian kediaman rasmi Perdana Menteri itu kini mencapai tahap 60 peratus setakat 31 Ogos lalu. “Pengubahsuaian dan naik taraf kediaman ini perlu dilaksanakan mengambil kira faktor keselamatan Perdana Menteri. “Ini juga adalah untuk memastikan imej negara dalam menyambut tetamu utama negara di program rasmi Perdana Menteri,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya