PUTRAJAYA: Agensi Angkasa Malaysia (MySA) mengesahkan tiada ribut geomagnetik akibat kejadian suar suria terkuat dihasilkan matahari pada akhir bulan lepas. Sebaliknya, insiden yang kecoh ditularkan media antarabangsa minggu lepas hanya menyebabkan fenomena cahaya aurora di kawasan berlatitud tinggi dekat Kutub Utara. “Insiden suar suria yang berlaku ini didapati langsung tidak mencetuskan pun sebarang ribut geomagnetik di lapisan ionosfera bumi,” katanya menerusi kenyataan dalam laman sosialnya. MySA merujuk laporan Pusat Ramalan…










