Suami, keluarga terdekat  boleh teman ibu bersalin mulai Isnin ini - Utusan Malaysia

Suami, keluarga terdekat  boleh teman ibu bersalin mulai Isnin ini

Suami dan ahli keluarga terdekat boleh teman ibu bersalin mulai 4 Oktober ini. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bermula 4 Oktober ini,  suami atau ahli keluarga terdekat dibenarkan menemani wanita semasa bersalin dengan syarat perlu mematuhi kriteria ketat. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, mereka diingatkan untuk sentiasa mengamalkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang menemani ibu hamil. 

Menurut beliau, antara kriteria,  suami atau ahli keluarga terdekat telah menerima dos 

vaksin Covid-19 iaitu 14 hari selepas dos kedua bagi vaksin jenis dua dos seperti Pfizer, Sinovac dan Astra Zeneca; atau 28 hari selepas menerima vaksin jenis satu dos seperti CanSino dan Johnson & Johnson.

“Selain itu, suami atau ahli keluarga terdekat perlu menjalani ujian pengesanan Covid-19 (RT-PCR atau RTK-Ag) di mana-mana fasiliti kesihatan atau makmal swasta dalam tempoh 72 jam dan keputusan ujian hendaklah dibawa bersama sebelum menemani ibu hamil di Wad Bersalin. 

“Suami atau ahli keluarga terdekat juga perlu mengehadkan pergerakan mereka selepas menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Ag,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, pematuhan SOP ketat itu penting kerana ibu hamil dan bersalin adalah  golongan berisiko tinggi yang perlu sentiasa dilindungi. 

Katanya, KKM berharap masyarakat terutama ibu hamil serta suami dan keluarga dapat mengambil manfaat daripada kemudahan yang diberikan ini. 

“Bagi memastikan ia dapat dilaksanakan, Surat arahan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) bertarikh 28 September 2021 mengenai pelaksanaan inisiatif ini telah diedarkan kepada semua Pengarah Kesihatan Negeri untuk pelaksanaan mulai 4 Oktober.

“Tempoh yang ditetapkan ini bagi memberi ruang kepada pihak hospital untuk menjalankan persediaan yang diperlukan,” katanya. 

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin meminta Noor Hisham membenarkan bakal bapa yang lengkap divaksinasi dan memperoleh keputusan negatif ujian Covid-19 untuk menemani isteri dalam bilik bersalin.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya