Sedia hidup dalam endemik - Utusan Malaysia

Sedia hidup dalam endemik

ORANG ramai meluangkan cuti hujung minggu beriadah di Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor, semalam selepas kerajaan membenarkan aktiviti berkelah dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara. Rakyat bagaimanapun sentiasa diingatkan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada setiap masa. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai yang membanjiri pusat beli-belah dan rekreasi awam pada cuti hujung minggu semalam menunjukkan rakyat Malaysia bersedia menjalani kehidupan dalam fasa endemik walaupun belum diumumkan kerajaan.

Tinjauan Utusan Malaysia di kompleks beli-belah, taman rekreasi seperti sungai dan tasik di beberapa negeri mendapati tempat-tempat tersebut dipenuhi orang ramai yang sebelum ini menjalani kehidupan terhad ekoran pelaksanaan tiga siri Pe­rin­tah Kawalan Pergerakan (PKP).

Keceriaan jelas terpancar se­olah-olah mereka bebas mela­kukan aktiviti dan rutin seperti sedia kala walaupun hakikatnya negara masih berperang dengan pandemik Covid-19.

Keceriaan jelas terpancar seolah-olah mereka bebas me­lakukan aktiviti dan rutin seperti sedia kala walaupun hakikatnya negara masih berperang dengan Covid-19.

Sikap mengabaikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan mereka dibimbangi akan menyebabkan kes jangkitan Covid-19 kembali meningkat.

Ada yang mengambil peluang cuti hujung minggu membawa keluarga bersantai serta berkunjung ke tempat-tempat awam berkenaan dengan membawa anak-anak kecil tanpa menghiraukan keselamatan tentang risiko dijangkiti Covid-19.

Malah, masih ramai mengabaikan SOP seperti memakai pelitup muka dan penjarakan sosial seolah-olah negara ini sudah bebas daripada ancaman pandemik Covid-19.

Kurang pemantauan dari pihak berkuasa juga menyebabkan ada dalam kalangan pengunjung mengabaikan SOP.

Di Selangor, pengunjung yang mengunjungi tempat rekreasi di negeri ini khususnya tempat yang kurang pemantauan pihak berkuasa seperti tidak mengendahkan pandemik Covid-19.

Ada yang tidak lagi memakai pelitup muka serta menjaga penjarakan fizikal ketika berkelah dan beriadah.

Tinjauan di Tasik Cermin, Puncak Perdana, Shah Alam semalam mendapati ratusan pengunjung hadir untuk berkelah dan melakukan aktiviti riadah seperti berenang dan tracking.

Seorang pengunjung, Hafiz Zaidul, 25, memaklumkan kawasan berkenaan kembali menjadi tumpuan orang ramai apabila aktiviti rekreasi dibenarkan oleh kerajaan sejak minggu lalu.

“Ramai orang kunjungi Tasik Cermin semalam, kalau pihak berkuasa datang buat pemeriksaan memang ramai kena saman dan dihalau pulang agaknya.

“Memang tak patuh SOP, nampak keadaan macam ini le­bih baik saya balik dahulu, takut jadi masalah yang tak diingini,” katanya.

Seorang lagi pengunjung, Mimi Syazwin, 25, memberitahu orang ramai yang mengambil kesempatan untuk beriadah pada hujung minggu tidak sepatutnya mengabaikan SOP.

“Melakukan aktiviti riadah tidak boleh jadikannya sebagai alasan untuk langgar SOP. Bila tak pakai pelitup muka, sepatutnya jangan abaikan penjarakan fizikal,” ujarnya.

Dalam pada itu, seorang peniaga di sana enggan identiti­nya didedahkan memberitahu, Tasik Cermin mula dikunjungi orang ramai sejak minggu lepas.

“Aktiviti yang mereka lakukan di sini biasanya mandi tasik, bermain kayak, berkelah dan ada juga yang jungle tracking. Memang meriah, Sudah lama juga tasik ini tak ada pengunjung,” ujarnya.

Sementara itu di Yan, Kedah, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengingatkan orang ramai supaya tidak lalai dengan tanggungjawab mematuhi SOP walaupun diberi beberapa kelonggaran termasuk mereka yang lengkap dua dos vaksin Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN