RMK-12: Anwar didesak tarik balik tuduhan kerajaan guna RM2b

[Parlimen]: Anwar didesak tarik balik tuduhan kerajaan guna RM2 bilion siapkan buku RMK-12

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak untuk menarik balik tuduhan kononnya kerajaan memperuntukkan RM2 bilion bagi menyiapkan buku Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) berkata, tuduhan itu menyinggung perasaan banyak pihak kerana merendahkan kemampuan penjawat awam dalam melengkapkan dokumen RMK-12.

“Tahniah Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang bekerja siang malam untuk menyiapkan dokumen RMK-12. Kenyataan ketua pembangkang mendakwa (kerajaan) menggunakan konsultan luar negara melibatkan dana RM2 bilion untuk siapkan buku RMK-12 telah menyinggung perasaan dan merendahkan kebolehan dan kakitangan penjawat awam kita.

“Ia (buku RMK-12) adalah hasil libat urus dan kebijaksanaan pegawai awam kita yang diketuai YB Jeli selaku Menteri Ekonomi bagi mengembalikan ekonomi negara. Mereka berjaya menyiapkan rancangan yang akan menentukan hala tuju pembangunan sosial ekonomi negara dalam tempoh 5 tahun akan datang,” katanya ketika membahaskan RMK-12 di Dewan Rakyat, hari ini

Beliau dalam masa sama turut memohon Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed menjelaskan perkara itu dan menghentikan fitnah yang dilemparkan.

Selasa lalu, Anwar mendakwa lebih RM2 bilion dibelanjakan oleh kerajaan untuk konsultan luar negara bagi menyiapkan buku RMK-12.

Susulan itu, Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak pernah membelanjakan sebanyak RM2 bilion untuk menyiapkan buku RMK-12 seperti yang didakwa Anwar.

Katanya, perancangan pembangunan negara untuk lima tahun itu disediakan oleh pegawai UPE JPM di bawah seliaannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya