Pulau Pinang perlu tubuh jawatan kuasa khas tangani gelombang jangkitan Covid-19 - Utusan Malaysia

Pulau Pinang perlu tubuh jawatan kuasa khas tangani gelombang jangkitan Covid-19

Puvaniten Helan Govan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pulau Pinang perlu menubuhkan Jawatankuasa Khas Pandemik Covid-19 Negeri dengan segera bagi menangani peningkatan kes mendadak wabak itu di negeri ini sejak kebelakangan ini.

Ketua Biro Perpaduan Nasional Gerakan, Puvaniten Helan Govan berkata, jawatan kuasa khas itu perlu diwakili oleh pegawai Jabatan Kesihatan negeri, 40 wakil rakyat dari setiap Dewan Undangan Negeri (DUN),  Exco-exco negeri dan agensi-agensi berkaitan bagi mencari jalan penyelesaian.

Menerusi jawatankuasa itu, tambahnya, kerajaan negeri boleh menubuhkan pasukan petugas khas kecemasan komuniti dan mewujudkan talian bantuan  dalam tiga bahasa untuk membantu dalam pengendalian isu-isu Covid-19.

Selain itu, jelasnya, prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 juga perlu diperketat terutama di kluster-kluster baharu yang meningkat dengan pemantuan secara serius dan mantap.

“Kita tidak boleh berdiam diri lagi kerana kadar kebolehjangkitan negeri Pulau Pinang melebihi Selangor ketika ini.

“Situasi jangkitan ini mungkin akan menjadi lebih serius pada masa depan dan sekiranya keadaan ini tidak ditangani dengen segera, ia boleh menjadi lebih parah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Puvaniten menambah, sekiranya Ketua Menteri, Chow Kon Yeow tidak mempunyai masa untuk menguruskan pandemik negeri ini, urusan itu boleh diwakilkan kepada mana-mana Exco negeri atau Timbalan Ketua Menteri untuk mempengerusikan jawatankuasa tersebut.

Ujarnya, penularan wabak itu semakin meningkat selepas aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan di bawah Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) khususnya membabitkan kawasan tumpuan ramai seperti pasar awam, tapak pembinaan dan premis perniagaan.

Sehubungan itu tambahnya, kerajaan negeri tidak boleh berterusan memudaratkan kesihatan dan mengadaikan nyawa serta meletakkan penduduk dalam keadaan jangkitan Covid-19 yang berpanjangan yang mungkin mewujudkan satu lagi situasi perintah kawalan pergerakan (PKP). – UTUSAN ONLINE

-habis-

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN