PETALING JAYA: Tujuh negeri masih merekodkan peratusan populasi dewasa lengkap vaksinasi di bawah 80 peratus dengan Sabah adalah yang terendah iaitu 57.3 peratus, setakat semalam.
Berdasarkan infografik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) di Twitter, enam lagi negeri adalah Pulau Pinang (77.5 peratus), Johor (74.2 peratus), Kedah (66.4 peratus), Pahang (65.2 peratus), Perak (65.1 peratus) dan Kelantan (63.8 peratus).
Bagaimanapun negara masih mencatatkan 81.8 peratus bagi populasi dewasa lengkap vaksinasi dan merekodkan lebih 19 juta individu lengkap vaksinasi.
Lembah Klang kekal mencatatkan peratusan populasi dewasa lengkap vaksinasi diikuti Labuan dengan 98.1 peratus dan Negeri Sembilan dengan 95.6 peratus. – UTUSAN ONLINE