PM mahu kegemilangan FELDA dikembalikan - Utusan Malaysia

PM mahu kegemilangan FELDA dikembalikan

poster RMK-12
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan giat melaksanakan Pelan Pemulihan FELDA untuk mengembalikan kegemilangan agensi ini dalam membela nasib rakyat dan pemulihan itu melibatkan penstrukturan semula kewangan FELDA dan memperkasa taraf sosioekonomi warga FELDA.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hasrat kerajaan adalah untuk menjadikan FELDA peneraju dalam pertanian pintar dan pengeluaran makanan negara.

“Kita mahu FELDA lebih mampan dan menjadi contoh atau role model dalam transformasi komuniti luar bandar yang moden dan progresif,” jelasnya dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.

Perdana menteri turut mengetengahkan isu perumahan generasi kedua yang akan ditangani dengan memperkenalkan semula model pembangunan perumahan berasaskan konsep bina sendiri oleh generasi kedua.

Katanya, melalui model ini, generasi kedua akan ditawarkan tapak rumah dan reka bentuk yang standard oleh kerajaan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN