PKPD di 3 kampung Orang Asli di Pahang tamat esok - Utusan Malaysia

PKPD di 3 kampung Orang Asli di Pahang tamat esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang melibatkan tiga perkampungan masyarakat Orang Asli di Pahang ditamatkan serentak esok meliputi Kampung Sungai Kabuk, Kampung Sungai Tiang dan Kampung Sungai Chohong.

 Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, turut sama berakhir PKPD di negeri itu ialah Kampung Batu Papan dan Kampung Batu Papan Tengah, Daerah Bera tamat lebih awal daripada ditetapkan pada 14 September, begitu juga Kampung Gerong, Kampung Baru Nelayan dan Kampung Talak, di Jajahan Tumpat, Kelantan.

“Hanya dua lokaliti di Sabah dikenakan PKPD bermula lusa secara serentak iaitu Kampung Sugiang Baru, Tenom dan Kampung Rapak, Ranau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara satu lokaliti di negeri itu disambung PKPD hingga 22 September ini iaitu Kampung Rampayan Laut, Kota Belud, manakala 16 lagi lokaliti berakhir serentak esok dengan lapan daripadanya tamat lebih awal. 

 Antaranya Kampung Betutai, Kampung Bontoi, Kampung Kindu, Kampung Serusop, Taman Sri Rugading dan Taman Telipok Ria, di Tuaran yang sepatutnya berakhir pada Khamis ini.

Begitu juga Kampung Brunei, Membakut, Beaufort dan Taman Puri Warisan, Kota Kinabalu yang tamat PKPD lebih awal daripada dijadualkan masing-masing pada Jumaat dan Sabtu ini.

 Selebihnya, kata Rodzi, perintah PKPD itu berakhir seperti ditetapkan iaitu Kampung Gudon, Menggatal dan Kampung Lobou, Kota Kinabalu; Kampung Tengah, Kinarut, Papar dan Kampung Timbua-Kembiroi-Lobou Baru di Ranau yang dikenakan PKPD sejak 12 Ogos.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya