PUTRAJAYA : Seramai 6,600 pemandu bas ekspres di seluruh negara bakal menikmati bantuan kewangan secara sekali-beri atau one-off RM500 setiap orang. Berita itu diumumkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong yang memberitahu, Kementerian Kewangan bersetuju memperuntukkan bantuan itu selepas kementeriannya membangkitkan perkara itu dalam Kabinet baru-baru ini. Menurutnya, bantuan itu membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM3.3 juta di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+). “Syarat kelayakan akan ditetapkan pihak Kementerian Pengangkutan bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan LPKP…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya