KKM lancar MyOHS-PS, pertingkat kesihatan pekerjaan sektor awam

KKM lancar MyOHS-PS, pertingkat kesihatan pekerjaan sektor awam

Dr Dzulkefly pada majlis Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan pelancaran MyOHS-PS di Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perkhidmatan kesihatan pekerjaan khusus bagi sektor awam (MyOHS-PS) dilancarkan dengan tumpuan kepada pengawasan perubatan, pengesanan awal penyakit pekerjaan, dan intervensi bersasar di tempat kerja.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, projek rintis itu melibatkan empat jabatan atau agensi iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Nuklear Malaysia (ANM).

Beliau berkata, projek itu akan dimulakan di Lembah Klang terlebih dahulu sepanjang tahun ini sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

“MyOHS-PS ialah satu program transformasi untuk memperkukuh perkhidmatan kesihatan pekerjaan khusus bagi sektor awam, melalui pendekatan yang lebih sistematik dan berasaskan pengurusan risiko.

“Pelaksanaan projek itu akan diperluaskan ke seluruh negara selaras dengan Pelan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2026–2030 (OSHMP30),” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di sini hari ini.

Pada majlis sama, Dr Dzulkefly turut melancarkan Program Kesihatan Tempat Kerja Bersepadu (IWHP) iaitu program intervensi kesihatan tempat kerja secara holistik yang menggabungkan kepakaran sektor awam, swasta dan rakan-rakan strategik KKM.

Menurutnya, IWHP merangkumi saringan kesihatan komprehensif, promosi gaya hidup aktif, sokongan kesihatan mental, serta usaha membina persekitaran tempat kerja yang sihat.

“Menariknya, sebagai inisiatif flagship untuk bermula, kita angkat kempen ‘Paru-Paru Sihat, Pekerja
Selamat’.

“Ini adalah penegasan KKM terhadap isu kesihatan respiratori, pemerkasaan kualiti udara dalaman, serta kempen berterusan kita menangani risiko ancaman merokok dan vape di tempat kerja,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN