[PARLIMEN] Kerajaan pastikan kelestarian hidup B40 di PPR - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Kerajaan pastikan kelestarian hidup B40 di PPR

PPR melalui proses yang panjang hampir melepasi 30 tahun, 40 tahun.- GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang melaksanakan Indeks Daya Huni untuk kehidupan yang lebih lestari kepada penduduk B40 yang tinggal di Program Perumahan Rakyat (PPR).

Memaklumkan perkara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau memahami konsep PPR lama yang dilihat sempit, padat dan infrastruktur yang lemah berbanding konsep PPR baharu yang dilengkapi bangunan parkir bertingkat.

REEZAL MERICAN NAINA MERICAN

“PPR melalui proses yang agak panjang hampir melepasi 30 tahun, 40 tahun. Daripada 450 kaki persegi ke 650 kaki persegi kebanyakan di Lembah Pantai, kemudian pada 700 kaki persegi. Sekarang dasar yang diamalkan adalah semua PPR bermula dengan projek di Besut, luas lantainya dalam 900 kaki persegi.

“Namun ada banyak perkara lagi yang juga sedang dilihat antaranya kita tidak mahu kawasan PPR yang mana kita letakkan untuk B40 melalui pendapatan yang rendah berdepan dengan kesukaran, tempat tersebut tidak ada infrastruktur, jaringan internet yang menyokong kehidupan lestari. Model-model yang ini sepatutnya perlu dilihat semula.

“Apa guna kita letak golongan yang miskin tetapi kalau dia nak belajar kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pun tidak dapat internet?

“Sebab itu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, daripada 154 telahpun dibina kita sedang melakukan ‘Liveability Index’. Walaupun ada yang telah diserahkan kepada DBKL tetapi kita akan berusaha memastikan kelestarian tahap daya supaya dapat didiami oleh mereka dengan baik,” katanya bagi menjawa soalan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) meminta kerajaan menjelaskan adakah kerajaan akan mengubah konsep PPR yang lama daripada ruang yang padat, sempit dan tidak selesa kepada PPR baharu yang lebih luas dan selesa dengan kemudahan bangunan letak kereta seperti konsep PPR yang baharu. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya