“Nama kena gugur? Hello…” - Mira Filzah akui tarik diri - Utusan Malaysia

“Nama kena gugur? Hello…” – Mira Filzah akui tarik diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Mira Filzah mendedahkan isu salah faham berhubung dakwaan namanya digugurkan dalam drama The Hotel musim kedua.

Jelas Mira, namanya tidak digugurkan tetapi keputusan itu terpaksa diambil kerana dia tidak dapat memberikan komitmen.

“Dengar betul-betul tak siaran langsung di Instagram Michael Ang? Apa dia cakap? Nama kena drop? Hello!

“Saya tarik diri daripada sambung ya. Memang dari awal The Hotel ada 20 episod. Tiba-tiba 12 Ogos lepas Mike telefon kata nak sambung dan saya tidak dapat buat sebab jadual tidak mengizinkan!” luah Mira.

Kenyataan Mira berhubung dakwaan tersebut tular sejak 16 September lalu menerusi tangkap layar yang diulang siar semula oleh pelayar di Twitter.

Difahamkan, pengarah drama, Michael Ang, memaklumkan dalam siaran langsung IG-nya sebelum ini, teraju utama musim kedua nanti akan dibintangi oleh pelakon, Uqasha Senrose.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya