Mara Corporation beri sumbangan kepada barisan hadapan - Utusan Malaysia

Mara Corporation beri sumbangan kepada barisan hadapan

PETALING JAYA: Mara Corporation memberi sumbangan kepada petugas barisan hadapan di beberapa kawasan sekatan jalan raya (SJR) sempena Hari Kebangsaan.

Sumbangan disampaikan Pengarah Bahagian Pentadbiran Korporatnya,  Mohd. Firdaus Zubir  baru-baru ini.

Mara Corporation  dalam satu kenyataan memaklumkan, sumbangan tersebut turut diberikan sebagai salah satu tanda penghargaan kepada petugas dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.

“Pek MC Prihatin diedarkan kepada petugas barisan hadapan negara di beberapa lokasi SJR sebagai tanda penghargaan Mara Corporation terhadap pengorbanan mereka.

“Pek yang dilengkapi dengan set hidangan beserta  set sanitasi nano mist dan pelitup muka dapat digunakan petugas terlibat sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

RSS Error: WP HTTP Error: cURL error 28: Operation timed out after 10001 milliseconds with 0 bytes received