[Laporan Parlimen] SPRM siasat SPRM? - Utusan Malaysia

[Laporan Parlimen] SPRM siasat SPRM?

GOBIND SINGH DEO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat pegawainya mengundang pelbagai spekulasi agensi tersebut membanteras rasuah.

Perkara itu dipersoal Gobind Singh Deo (PH-Puchong) ketika membahaskan usul menjunjung kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

“Takkan kita ada keadaan SPRM siasat SPRM sendiri. Kenapa ia berlaku. Adakah benar wang ini, tangkapan ini ada hubungan dengan pegawai kanan SPRM?

“Bagaimana ia boleh disiasat SPRM. Ini satu perkara yang kita lihat dan adakah ini akan menjadi satu kes nasihat diberikan supaya ada siasatan dalaman.

“Kes ini dihadapkan ke mahkamah. Barang kes yang sudah melalui proses mahkamah boleh lesap dan SPRM keluarkan kenyataan jangan buat spekulasi.

“Kalau ada kenyataan tidak ada butir-butir, rakyat akan buat spekulasi kerana SPRM yang gagal memberikan butir-butir,” katanya.

SPRM hari ini yang mengesahkan tiga pegawainya ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes membabitkan seorang bekas ketua jabatan.

SPRM memaklumkan, ketiga-tiga pegawai dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk permohonan reman selama enam hari bermula 14 September lalu dan menegaskan tidak akan melindungi mana-mana pegawainya yang terbabit dalam perbuatan jenayah.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN