Kematian di rumah (BID) hampir 5,000 kes - Utusan Malaysia

Kematian di rumah (BID) hampir 5,000 kes

Jumlah keseluruhan kes yang dibawa ke hospital (BID) kini sebanyak 4,923. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam, mencatatkan kematian sebenar akibat Covid-19 (purata tujuh hari) iaitu 89 kes berbanding kelmarin yang dilaporkan, 91 kes sebelum ia berubah kepada 110 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini, berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman sesawang https://covidnow.moh.gov.my,

Bagi jumlah kes kematian yang dilaporkan, berlaku penurunan, sebanyak 228 kes berbanding kelmarin, 250 kes menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 25,159 kes. 

Sebanyak 36 daripada 228 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID sebanyak 4,923 kes. 

Sebanyak 1,070 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 598 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 9,886 orang. 

Jika dibahagikan mengikut negeri, Selangor mencatatkan kematian dilaporkan 75 kes manakala kematian sebenar harian (purata tujuh hari), sembilan kes diikuti Johor (56/21), Sabah (19/12), Kelantan (18/7), Kedah (15/5), Perak (14/6), Sarawak (9/5), Pulau Pinang (8/12), Terengganu (4/2), Melaka (4/2), Pahang (3/4),  Kuala Lumpur (3/2), Negeri Sembilan (0/1) dan Perlis (0/1). 

Bagaimana, Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan sebarang kematian bagi dua kategori itu.

Utusan Online semalam melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tempat kerja kembali mencatatkan jumlah terbanyak iaitu lima kluster Covid-19 daripada 12 kluster, hari ini, manakala Johor dan Selangor menjadi penyumbang terbanyak kluster. 

“Selain tempat kerja, kumpulan berisiko tinggi merekodkan tiga kluster, dua kluster komuniti manakala pendidikan lain dan keagamaan, masing-masing satu kluster,” katanya. -UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya