Hilang kawalan, pemandu lori maut - Utusan Malaysia

Hilang kawalan, pemandu lori maut

KEADAAN lori yang dipandu mangsa remuk teruk akibat pelanggaran dengan treler Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), Selangor. - FOTO IPD SEPANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG : Polis mengesahkan kemalangan maut di Kilometer 42.2 Lebuhraya  Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) arah selatan dari Bandar Serenia di sini, awal pagi tadi, berpunca hilang kawalan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kemalangan berkenaan melibatkan sebuah lori jenis Hino dan treler jenis Volvo.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan, sebelum kejadian berlaku pemandu lori dan pemandu treler terbabit memandu di lorong paling kiri dari arah yang sama, menghala ke Nilai.

“Bagaimanapun, setiba di lokasi kejadian, lori yang dipandu mangsa, lelaki Melayu berusia 32 tahun tidak dapat mengawal kenderaan lalu melanggar bahagian belakang kiri treler.

“Akibat dari pelanggaran tersebut, lori berkenaan mengalami kerosakan pada keseluruhan bahagian hadapan namun treler terbabit hanya mengalami kerosakan pada besi penghadang kiri bahagian belakang.

“Mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat telah pun dibawa ke Hospital Serdang bagi tujuan bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN