Enam ahli Dewan Negara baharu angkat sumpah - Utusan Malaysia

Enam ahli Dewan Negara baharu angkat sumpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Enam Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim hari ini.

Mereka ialah pengamal perubatan, Dr Wan Martina Wan Yusoff; bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Datuk Ajis Sitin dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Juhanis Abd Aziz.

Sementara tiga Ahli Dewan Negara baharu lagi ialah Setiausaha UMNO Bahagian Padang Besar, Aziz Ariffin dan Setiausaha UMNO Bahagian Arau, Seruandi Saad dilantik oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis dan Fadhlina Datuk Sidek yang merupakan seorang peguam, dilantik oleh DUN Pulau Pinang.

Kesemua mereka mengangkat sumpah sebagai senator pada majlis yang berlangsung dalam keadaan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Dalam pada itu, Rais turut mengingatkan agar kesemua ahli Dewan Negara baharu dapat memainkan peranan berdasarkan kepelbagaian latar belakang profesionalisme masing-masing serta menjayakan Dewan Negara sebagai institusi legislatif dalam menyampaikan segala apa yang telah diperjuangkan untuk negara. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya