CAMERON HIGHLANDS: Bunyi dentuman kuat dalam kejadian tanah runtuh di sini, kelmarin menyebabkan kesemua mangsa terpelanting ke luar dari rumah. R. Kalaiarasi, 28, berkata, kejadian itu berlaku sekelip mata ketika dia berada dalam bilik manakala kakak dan ibunya pula sedang tidur di bahagian ruang tamu. “Ketika hampir terlena, saya terdengar bunyi dentuman kuat seperti guruh dan apabila buka sahaja mata, sedar-sedar saya sudah berada di atas jalan dengan sebahagian kaki…










