Bekalan air Lembah Klang pulih Isnin ini - Utusan Malaysia

Bekalan air Lembah Klang pulih Isnin ini

Penduduk di sekitar Lestari Perdana 7 menyediakan bekas untuk mengambil air dari lori tangki yang disediakan Air Selangor berikutan masalah gangguan bekalan yang masih belum pulih di beberapan kawasan di Selangor ekoran henti tugas loji rawatan air Sungai Semenyih akibat insiden pencemaran bau. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Gangguan bekalan air di semua 463 kawasan terjejas di Lembah Klang dijangka pulih sepenuhnya pada Isnin ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, bekalan air bersih mula disalurkan secara berperingkat kira-kira pukul 6 petang ini.

“Kesemua kawasan terjejas adalah sama seperti senarai kawasan gangguan air tidak berjadual baru-baru ini. 

“Gangguan bekalan di lima wilayah berkenaan dijangka pulih sepenuhnya pada pukul 6 pagi, 6 September (Isnin),” jelas kenyataan.

Pengguna boleh mendapatkan senarai kawasan yang terlibat menerusi laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com/ serta aplikasi Air Selangor.

Menurut kenyataan itu, Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada pengguna.

 Terdahulu, sebanyak 94 lori tangki digerakkan Air Selangor bagi membekalkan air di kawasan gangguan bekalan tidak berjadual terutama premis kritikal.

Langkah itu bertujuan meminimumkan impak gangguan bekalan air susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Semenyih semalam.

LRA itu terpaksa henti tugas  pada pukul 5.15 petang semalam apabila pencemaran bau sehingga 2 ton yang dikesan di Stesen Pemantauan Pusat (RMS) Kampung Sungai Buah pada sumber air mentah di Sungai Semenyih.

Henti tugas berkenaan menyebabkan gangguan di 172 kawasan dalam daerah Petaling, Hulu Langat (54), Sepang (194), Kuala Langat (20) dan Putrajaya (23).

LRA Sungai Semenyih di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir pada Selasa lalu terpaksa dihenti tugas akibat pencemaran bau pukul 12 tengah hari.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN